Lelaki hilang dari pusat jagaan ditemui lemas

0
222

MAYAT seorang lelaki warga emas ditemui terapung di Sungai Pinang di sini, hari ini.

Mayat Kang Tan Bok Ghee, 72, ditemui tiga pemancing di pinggir laut berhampiran Lebuh Macallum yang kemudiannya menghubungi Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan, berkata pihaknya mengarahkan anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung penemuan mayat pada jam 10.06 pagi.

“Lelaki beralamat di Butterworth itu tinggal di sebuah rumah jagaan orang tua dikendalikan sebuah persatuan dan didapati hilang kira-kira jam 9 pagi semalam.

“Pihak polis berjaya mengesan keluarga mangsa yang kemudiannya hadir membuat pengesahan identiti,” katanya di sini, hari ini lapor BH.

Saravanan berkata, anak saudara mangsa memaklumkan Bok Ghee tinggal di pusat jagaan berkenaan sejak setahun lalu.

Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here