Kematian Pele: Brazil umum tiga hari berkabung.

0
176

BRAZIL mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari berikutan kematian legenda bola sepak Brazil, Pele pada Khamis.

“Tempoh berkabung itu bermula dari tarikh penerbitan Dekri ini sebagai tanda kesedihan atas kematian Edson Arantes do Nascimento, Pele, bekas pemain bola sepak,” lapor Anadolu Agensi memetik dekri yang ditandatangani Presiden Jair Bolsonaro.

Bolsonaro menerusi ciapan di Twitter berkata Pele membawa nama Brazil di persada dunia menerusi bola sepak dan mengubah sukan itu menjadi kesenian dan kegembiraan.

Penghormatan terakhir untuk Pele akan berlangsung pada Isnin sehingga 10 pagi Selasa, menurut portal berita Brazil G1.

Orang ramai dibenarkan untuk melakukan penghormatan terakhir dalam tempoh itu.

Ikon bola sepak itu akan dikebumikan pada 3 Jan di Memorial Necropole Ecumenica.

Pencapaian “Raja Bola Sepak” belum dapat ditandingi kerana Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak yang menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here