Berita palsu dana kempen pilihan raya PN, Hamzah bidas Anwar

0
234

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyindir kempen pilihan raya gabungan pembangkang itu dibiayai syarikat perjudian.

Hamzah yang menyifatkannya “berita palsu” berkata, Anwar tidak patut mewujudkan persepsi negatif terhadap PN.

Katanya, Anwar patut mengambil tindakan jika terdapat sebarang salah laku.

Beliau berkata, sebagai menteri kewangan dan Perdana Menteri, Anwar tidak patut mencemarkan imej kerajaan terdahulu.

“Anda Perdana Menteri sekarang, bukan ketua pembangkang lagi.

“Sayalah ketua pembangkang. Jangan buat tuduhan semberono lagi. Tiada lagi berita palsu daripada anda,” katanya dalam kenyataanFacebook malam tadi, lapor FMT.

Awal bulan ini, Anwar dilaporkan berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat “pelanggaran” serius dalam prosedur kerajaan berhubung dakwaan perbelanjaan RM600 bilion oleh pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian, khasnya yang terbabit dalam cabutan khas 4D.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here