Pemilik bengkel kenderaan dituduh edar ganja 35.5 kg

0
193

Oleh RIZQI ZABIDI

SEORANG pemilik bengkel berdepan hukuman mati apabila dituduh mengedar dadah jenis ganja seberat 35.5 kilogram di Mahkamah Majistret Jitra, Kubang Pasu di Kedah, hari ini.

Tertuduh, Lee Chee Thiam, 50, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan hadapan Majistret, Nurul Huda Idris dengan tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Chee Tiam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bengkel kereta di Changlun pada 4 Disember lalu, kira-kira pukul 3.30 petang.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Karthy Gasedev manakala tertuduh diwakili peguam dari Ravi Shankar Gandhi & Associates.

Pegawai kastam membawa keluar Lee Chee Tiam selepas dia dituduh mengedar ganja seberat 35.5 kg di Mahkamah Majistret Jitra, hari ini.

Majistret menetapkan 29 Mac 2023 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan kimia.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 29 Mac depan sementara menanti laporan kimia.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dengan dia dibawa ke Penjara Alor Setar untuk ditahan.

Media sebelum ini melaporkan mengenai serbuan dijalankan kastam terhadap sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pekan Changlun pada 4 Disember lalu.

Difahamkan dadah tersebut ditemukan disimpan dalam empat kotak putih yang disimpan dalam sebuah kenderaan jenis ‘pick up’ bernombor pendaftaran negara jiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here