Remaja lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika disyaki curi wayar

0
195

SEORANG remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika dipercayai mencuri wayar di tapak pencawang telekomunikasi Kampung Senangeh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka, berkata Balai Polis Asajaya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan seorang individu lelaki di tapak pencawang telekomunikasi itu.

Berikutan itu, katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Asajaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan terbaring di tepi pagar tapak pencawang itu.

“Mangsa dipercayai cuba memotong wayar yang berada di kawasan tapak pencawang terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini lapor BH Online.

Brodie berkata, semakan mendapati mangsa adalah seorang warga tempatan dan mempunyai lima rekod jenayah lampau bersabit kes pecah rumah, curi serta dadah.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya sambil menambah tiada unsur jenayah di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here