428 mangsa banjir di Perak, Selangor dan Perlis

0
168

JUMLAH mangsa banjir di tiga negeri iaitu Perak, Selangor dan Perlis direkod menurun kepada 428 mangsa membabitkan 120 keluarga.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, angka terkini sehingga jam 4 petang tadi membabitkan mangsa banjir di enam daerah itu berkurangan berbanding 564 mangsa pada sebelah pagi.

“Pecahan mengikut negeri, Perak merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 268 mangsa, diikuti 156 di Selangor dan empat lagi di Perlis.

“Pengurangan mangsa banjir terkini itu didorong keadaan di Selangor yang semakin beransur pulih apabila 156 mangsa direkodkan sehingga 4 petang ini berbanding 295 pada sebelah pagi,” katanya melalui kenyataan memetik laporan BH Online.

NADMA juga memaklumkan tujuh pusat pemindahan masih aktif, manakala dua lagi premis sama di Selangor ditutup sehingga jam 4 petang tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here