Malaysia dilantik Jawatankuasa Tetap Pencegahan Kecemasan Kesihatan WHO

0
190

Jawatankuasa Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana dilantik sebagai Jawatankuasa Tetap Pencegahan Kecemasan Kesihatan, Kesediaan dan Tindak Balas badan dunia itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia adalah salah satu daripada Ahli Lembaga Eksekutif yang dilantik bersama Jepun untuk mewakili Wilayah Pasifik Barat.

“Malaysia menghargai pengiktirafan tinggi oleh Negara Anggota dan akan memenuhi tanggungjawab kami dalam tempoh pelantikan,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilaporkan Harian Metro.

Mengulas lanjut, beliau berkata Jawatankuasa Tetap itu berperanan untuk memberi panduan dan nasihat kepada WHO. 

“Jawatankuasa Tetap ini berperanan untuk memberi panduan kepada Lembaga Eksekutif dan menasihatkan Ketua Pengarah WHO (Tedros Adhanom Ghebreyesus) mengenai perkara berkaitan pencegahan kecemasan kesihatan, kesediaan dan tindak balas, serta kapasiti segera Program Kecemasan WHO.

“Jawatankuasa Tetap berkenaan perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk menjalankan kerja tetapnya serta memutuskan untuk mengadakan mesyuarat luar biasa bagi menangani perkara mendesak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here