222 mangsa banjir di Perak masih di PPS

0
169

MANGSA banjir di Perak terus mencatatkan tiga angka dengan 222 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

Semua mereka daripada 67 keluarga itu masing-masing ditempatkan di tiga PPS di daerah Manjung, Larut Matang Selama (LMS) dan Hilir Perak yang dibuka sejak 15 November lepas.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan, PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai di daerah Manjung menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 182 orang membabitkan 57 keluarga lapor Sinar Harian.

PPS SAR Shafie Batu Hampar di LMS pula menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga yang merupakan penduduk terjejas dari Kampung Padang Serai Dalam dan Padang Serai Luar.

Di Hilir Perak, seramai 23 mangsa dari Kampung Batu 7, Lorong Mesra dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak selepas kediaman mereka dinaiki air.

Sementara itu, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa menunjukkan tiada amaran ribut petir atau hujan lebat di semua daerah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here