Warga emas maut terperangkap kebakaran rumah

0
167

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

SEORANG lelaki warga emas berusia 70 tahun maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Paya Keladi, Paya Keladi Hujung, Pulau Pinang malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian melibatkan sebuah rumah kelas B dengan anggaran keluasan 20×40 kaki persegi (6×12 meter persegi) itu kira-kira pukul 11.44 malam.

Ujar beliau, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP Kepala Batas.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat sebuah rumah terlibat dalam kebakaran itu dengan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 60 peratus,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 12.19 tengah malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang berusia 70 tahun tinggal seorang diri ketika kejadian dan dan terperangkap ketika api marak hingga gagal menyelamatkan diri. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here