Tujuh remaja lelaki terperangkap dalam kejadian kepala air

0
284

TUJUH remaja lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Membatu, Lahad Datu, Sabah, petang tadi.

Difahamkan, ketika kejadian semua mangsa berusia 15 hingga 17 tahun sedang mandi-manda di kawasan sungai berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.25 petang.

Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Seramai tujuh remaja lelaki dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air ketika sedang mandi manda di situ.

“Semua mangsa berjaya diselamatkan pasukan polis,” katanya dalam kenyataan media, malam ini, lapor BH Online.

Beliau berkata, semua mangsa seterusnya dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 7.30 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here