[VIDEO] Pemandu lori maut kemalangan 5 kenderaan di Nilai

0
385

SEORANG pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 280 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran kilang Recron Malaysia Sdn Bhd, di Nilai, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 pagi itu turut menyebabkan semua empat lorong ditutup sehingga berlaku kesesakan sepanjang lebih 5km.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan keseluruhan 10 mangsa terbabit dalam kemalangan itu.

“Selain pemandu lori yang maut, empat lagi termasuk dua wanita cedera, manakala selebih tidak mengalami kecederaan.

“Lima kenderaan yang terbabit termasuklah dua treler dan sebuah motosikal,” katanya, lapor BH Online.

Difahamkan, sehingga jam 2 petang tadi, pihak bomba memaklumkan operasi di lokasi kejadian masih berjalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here