[VIDEO] Bandar Universiti ubah wajah Pagoh

0
560

PEMBANGUNAN Bandar Universiti Pagoh, Johor, cetusan ilham Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja berjaya mengubah landskap kawasan sekitar yang satu ketika dahulu dipenuhi ladang kelapa sawit.

Lebih penting pembangunan berkonsepkan Bandar Pendidikan Qatar di atas kawasan seluas 1,652 hektar membawa 1,001 limpahan kemakmuran kepada penduduk setempat.

Sejak majlis pecah tanah projek oleh Tan Sri Muhyiddin pada 15 September 2011, Bandar Universiti Pagoh kini menempatkan kira-kira 14,000 penghuni terdiri daripada pelajar dan kakitangan insititusi pengajian tinggi awam.

Selain Universiti Tun Hussein Onn, Bandar Uiniversiti Pagoh turut menempatkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Selatan), Universiti Teknologi Malaysia dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.

Bekas Penghulu Pagoh dan Lenga, Ayub Jait, 83.

Bekas Penghulu Pagoh dan Lenga, Ayub Jait, 83, mengakui hampir tidak percaya dengan perubahan yang berlaku hari ini.

“Tidak terfikir, kita ingat kita di hujung, belah hulu, apa yang boleh buat di sini. Apa yang ada, estet yang ada. Tak nampak pembangunan seperti ini boleh berlaku. Kerajaan nampaklah apa yang boleh buat di sini,” katanya ketika ditemui SatuBerita di Pagoh, Johor.

Penduduk tempatan, Tan Sung Siong, 43.

Penduduk tempatan, Tan Sung Siong, 43, berkata, sebelum Hab Universiti, pembangunan impak tinggi dibawa Muhyiddin ke Pagoh ialah pembinaan jambatan Gerisik-Panchor.

“Dulu panchor dengan Gerisik tak ada jambatan, ekonomi pakai sampan sahaja. Masa saya kecil Tan Sri (Muhyiddin Yassin) jadi Menteri Besar dia buat jambatan. 

“Jambatan kedua Gerisek-Panchor. Ekonomi mula maju sebab jambatan itu. Selepas itu, kita ada Hab Pendidikan, pelajar pun ramai, ekonomi aktiviti sudah membangun,” katanya.

Mahasiswa tempatan, Haifaa Najwa Ahmad, 22.

Mahasiswa tempatan, Haifaa Najwa Ahmad, 22, bersyukur dapat melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dekat dengan kampung halaman yang disifatnya satu kelebihan besar.

“Saya hanya fokus belajar, sebab rumah dekat, saya tidak terlalu fikir untuk rindukan rumah, tidak fikirkan kos untuk pulang ke rumah. Saya tidak jangka akan jadi tempat yang ramai orang kenal.

“Sebelum ini Pagoh tak ramai yang kenal, bila ada Hab Pendidikan Pagoh membuatkan kawasan pedalaman itu dikenali,” katanya.

Peniaga Kedai Kopi Panchor, Mong Tong Ann, 74

Peniaga Kedai Kopi Panchor, Mong Tong Ann, 74, berkata kawasan sekitar menjadi lebih meriah sejak ada Bandar Universiti Pagoh.

“Universiti dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) punya projek juga. Dulu estet, tak boleh buat apa. Sekarang mereka ambil untuk buat Universiti, sangat bagus,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here