Rakyat rasa selamat di bawah PN

0
244

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

KEWUJUDAN gagasan Perikatan Nasional (PN) bertujuan memberikan alternatif kepada kerajaan yang sedia ada dan juga sebelum ini, kata calon PN Jerantut, Ir. Khairil Nizam Khirudin.

Ketua Penerangan Pas Pusat itu berkata, PN terbukti sebagai solusi terbaik kepada rakyat, dalam keadaan negara berdepan pandemik Covid-19, keadaan yang tidak pernah dihadapi oleh kerajaan sebelum ini.

“Alhamdulillah dengan pendekatan terbaik dilaksanakan PN, rakyat berasa selamat berada dalam PN.

“Ramai di antara kita, boleh dikatakan keseluruhan daripada yang mengambil vaksin, alhamdulillah, dengan adanya vaksin, kita dapat bersama malam ini.

“Kita boleh duduk rapat, amalkan budaya hidup sama untuk menjalani kehidupan kita dalam membangunkan ekonomi dan mengekalkan keamanan sejagat,” katanya ketika berucap dalam ceramah umum di Jerantut.

Khairil Nizam berkata, Pas menjunjung prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, oleh itu parti tersebut serta PN adalah sebuah gabungan yang tidak ekstrem.

“Kita mengambil pendekatan melakukan penyatuan ummah yang mana kita bukan sekadar menyatukan entiti Melayu bumiputera.

“Apatah lagi kerana kaum Melayu bumiputera ini adalah kaum yang dominan, dikatakan statistiknya 60 peratus ke 70 peratus rakyat Malaysia adalah daripada kaum bumiputera,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here