[VIDEO] Pengundi Muar percaya PN

0
410

KEPRIHATINAN Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika mentadbir negara yang banyak memberi bantuan dan sokongan tanpa pilih kasih sewaktu pandemik menjadi faktor utama pengundi-pengundi di Parlimen Muar cenderung ke arah gabungan parti itu.

Menerusi tinjauan SatuBerita di sekitar Parit Jawa, Muar mendapati rata-rata pengundi di Parlimen itu mengakui terpikat dengan kebolehan dan sifat berjiwa rakyat yang ditonjolkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri sekaligus meletakkan kepercayaan kepada gabungan parti itu secara keseluruhan.

Peniaga gerai makanan Aminah Zunit, 56, memaklumkan pada ketika ini, dirinya melihat lebih ramai penduduk mempunyai kepercayaan dan menyokong perjuangan Muhyiddin apabila keprihatinan yang ditonjolkan beliau menyentuh hati mereka.

“Beliau okay dan sangat bagus. Sekarang ramai yang sokong dia. Pada saya rasuah juga tiada. Menolong rakyat banyak saya nampak dari dulu sewaktu PKP.

“Saya terkilan dan kesian pada beliau apabila dijatuhkan ketika menjadi Perdana Menteri,” ujarnya ketika ditemui pada Ahad.

Aminah Zunit, 56

Sementara itu, Selamat Dahlan, 57 menyifatkan Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang turut mesra dengan gelaran Abah, sebagai penyelamat negara daripada wabak Covid-19 serta kerajaan yang banyak bercanggah dengan Melayu-Islam.

“Walaupun beliau memerintah sekejap sahaja, tetapi sayang dia telah dijatuhkan. Namun, kalau beliau tiada ketika negara sedang berdepan pandemik, tak selamat kita.

“Dulu kita bagi bangsa lain memerintah selama 22 bulan, kita nampak sendiri bagaiamana. Nasib baiklah Abah sendiri tolong kita. Kalau beliau tiada, tak tahulah bagaimana keadaan kita,” luahnya.

Selamat Dahlan, 57

Bagi Rizwan Yusof, 37 pula, beliau selaku pengundi di Parlimen itu tidak menginginkan pemimpin yang mampu memberikan pembangunan, namun yang lebih penting baginya pemimpin yang mempunyai sifat prihatin terhadap rakyat yang susah.

“Saya taknak minta banyak, bukan minta duit atau bangunan megah-megah. Cuma prihatin pada rakyat dan dahulukan rakyat lebih penting.

Rizwan Yusof, 37

“Orang bawah kita tak tahu mereka susah macamana, susah mereka Allah sahaja yang tahu. Jangan kerana duit dan pangkat kita lupa pada mereka,” ujarnya.—SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here