PN angkat suara anak muda ke tahap lebih tinggi – Muhyiddin

0
751

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi komitmen untuk mengangkat suara anak muda ke tahap lebih tinggi.

Katanya, komitmen itu telah diterjemahkan dengan menonjolkan calon anak muda mewakili PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

” Calon dipilih adalah yang segar dan benar-benar berkualiti agar mampu menjadi jurubicara kepada suara anak muda di luar sana,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Selain di kerusi Parlimen Bangi, PN turut meletakkan calon muda di kerusi Parlimen Setiawangsa, Damansara, Balik Pulau dan Kepala Batas.

Muhyiddin berkata, selain daripada lima calon tersebut masih ramai calon anak muda berwibawa yang PN tampilkan.

” Apabila melihat wajah anak muda ini hati saya tersentuh. Saya melihat mereka ini bukan dari kaca mata seorang pemimpin sahaja tetapi juga seorang abah yang tersentuh dengan kesungguhan anak-anak yang ingin berbakti kepada masyarakat dan negara.

“Inilah wajah-wajah yang akan meneruskan perjuangan murni demi rakyat di hari muka. Semoga Allah SWT memudahkan urusan kalian,” katanya.

Berikut latar belakang calon-calon berkenaan.

  1. MUHAMMAD NAZRUL HAKIM BIN NAZIR, 27 TAHUN (P.102 BANGI)

Menarik anak muda berusia 27 tahun ini telah menghafal 30 juzuk Al Quran. Seawal usia 25 tahun beliau telah pun mendapat kepercayaan Menteri Hal Ehwal Agama di bawah Kabinet pimpinan saya iaitu YB Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri sebagai Pegawai Khas beliau. Pemilihan graduan undang-undang syariah USIM ini yang sangat mesra dengan anak muda sebagai calon semestinya menggambarkan betapa serius kami di Perikatan Nasional mahu mengangkat suara anak muda. 

2. MUHAMMAD HARRIS IDAHAM BIN ABDUL RASHID, 30 TAHUN (P.053 BALIK PULAU)

Pengalaman anak muda ini sebagai bekas Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi semestinya menjadi aset berharga beliau untuk menabur bakti kepada masyarakat. Diharap graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari Aberystwyth ini akan meneruskan semangat beliau sebagai aktivis masyarakat dalam menabur bakti kepada penduduk Balik Pulau selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen.

4. NURUL FADZILAH BINTI KAMALUDDIN, 33 TAHUN (P.118 SETIAWANGSA)

Hebat peguam wanita muda ini. Seorang “Best Student” sejak zaman persekolahan sehingga ke zaman universiti. Bukan sahaja cemerlang dari aspek pendidikan bahkan Ketua Serikandi Muda Bersatu ini juga sangat aktif dalam berpersatuan dan aktiviti kesukanan. Beliau merupakan pensyarah sambilan di UIA dan juga pengacara TV Al Hijrah bagi slot Bicara Fail Syariah. Selain itu beliau seperti saudara Nazrul tadi telah pun menghafal 30 Juzuk Al Quran. Sememangnya inilah pakej wanita muda yang harus diketengahkan.

4. DR SITI MASTURA BINTI MUHAMMAD, 33 TAHUN (P.041 KEPALA BATAS)

Seorang pemegang ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam di USM ini boleh menjadi inspirasi kepada wanita muda. Terlibat aktif dalam hal ehwal agama di Pulau Pinang selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan terutama yang berkaitan dengan wanita muda.
Insya-Allah beliau mampu memperkasa pengurusan Islam di negara ini selaras dengan bidang kepakarannya jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.

5. LIM SI CHING, 30 TAHUN (P.106 DAMANSARA)

Anak muda lepasan Birmigham City University ini terlibat aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan tanpa mengira bangsa. Aktif menjadi sukarelawan dalam pelbagai bentuk. Kemahirannya dalam pengurusan dan analisis menjadikan beliau aset masa depan yang harus diangkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here