Lelaki didakwa tipu pemilik syarikat RM100,000

0
219

SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pemilik syarikat bagi memperoleh projek membekal bahan mentah dan kering di negeri ini pada 2013.

Fariz Fadila Ag Kamarudin, 35, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menawarkan untuk membuat usaha sama dengan syarikat terbabit bagi menjalankan projek itu dan mendorong pemilik syarikat menyerahkan RM100,000 di daerah Penampang antara Januari hingga April 2013.

Fariz Fadila didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Hakim Abu Bakar membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang pejamin selain perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 12 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapifee manakala Fariz Fadila tidak diwakili peguam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here