[VIDEO] Sanggup berpaut pada tiang, risau khemah terbang ditiup angin ribut petir

0
323

BEBERAPA orang pekerja sebuah kedai makan berdepan detik cemas apabila terpaksa berpaut pada tiang khemah bagi mengelakkan khemah yang digunakan untuk berniaga itu terbang ditiup angin ribut di Kampung Badak, Bachok, Kelantan pada petang Rabu.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, @zetiermina memaparkan beberapa orang pekerja sedaya upaya memegang khemah di kedai makan berkenaan biarpun dalam keadaan dibasahi hujan lebat serta ditiup angin yang kuat.

Malah, keadaan ribut kuat dan hujan lebat itu juga diselangi dengan kilat yang sambar-menyambar.

“Ribut kuat di Bachok selepas Maghrib hari ini (Rabu). Taukey dengan adik-adik berusaha keras pegang khemah.

“Ya Allah selamatkanlah kami dari bala bencana yang membinasakan,” katanya pada kapsyen video berkenaan.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen sehingga jumlah tontonan mencecah lebih 100 ribu, dan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna lain turut bimbang dengan keselamatan pekerja-pekerja terbabit, selain mendoakan tiada kecederaan dan dipermudahkan urusan untuk mereka meneruskan perniagaan.

“Jangan pegang besi tu, bahaya… Ya Allah takut tengok angin. Semoga dilindungi, Ameen,” luah seorang pengguna, @dfzstyle di ruangan komen.

“Ribut memang kuat semalam, di kampung saya, empat batang pokok kelapa tumbang melintang jalan semalam,” ujar @irfan9578.

“Kalau tengok pada angin tu lebih kurang 50 km/j… Semoga tabah ujian Allah,” kata @cyenharusima

“Bahaya pegang tiang khemah tu, takut kena sambar petir atau ikut diterbangkan angin kuat,” ujar seorang lagi pengguna, @karlnasir.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perkongsian video @zetiermina berkata, tiada sebarang kerosakan tertutamanya pada khemah, atau kecederaan dialami serta memaklumkan kedai makan itu sudah beroperasi seperi biasa hari ini.

“Alhamdulillah dengan izin Allah masih boleh beroperasi seperti biasa hari ini,” katanya. –SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here