PRU-15: “Walaupun susah sebab hujan, tolonglah balik undi”

0
234

AHLI Majlis Pemimpin Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof merayu pengundi muda keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti meskipun dijangka akan berlaku pada musim hujan.

Beliau yang juga penyandang Parlimen Alor Gajah itu berkata sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, kemungkinan BN kembali berkuasa seperti mana yang berlaku di Johor dan Melaka.

“Orang muda, walaupun susah sebab hujan, tolonglah balik mengundi. Rakyat, kalau pun hujan rintik-rintik keluarlah mengundi, kena keluar mengundi kalau rakyat mahu mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul.

Dapatan kajian saya, strategi oleh UMNO- BN untuk mengadakan pilihan raya apabila pengundi kurang turun padang. Kurang keluar mengundi contoh di Melaka dan Johor.

“Rakyat hari ini sudah celik. Jadi saya harap generasi muda, walaupun banjir, walaupun susah, hujan tak ada payung ke, pergilah keluar mengundi untuk membuat perubahan”, katanya lapor Free Malaysia Today.

Redzuan yang juga bekas menteri pembangunan usahawan dan koperasi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini berkata pengundi muda bakal menjadi penentu kepada peningkatan sokongan gabungan itu.

Malah beliau akui pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelang musim banjir amat menyusahkan rakyat.

“Apa yang berlaku hari ini adalah satu perkara yang menyusahkan rakyat. Bayangkan, kalau kita ikut ramalan cuaca. Adakah rakyat boleh keluar mengundi? Kalau keluar mengundi adakah itu melambangkan satu majoriti?” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here