PN bersedia bawa penyelesaian tuntas tangani krisis ekonomi

0
193

PERIKATAN Nasional (PN) bersedia membawa penyelesaian tuntas bagi menangani krisis ekonomi kini yang menyebabkan ramai rakyat berada di bawah garis kemiskinan.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhari, berkata walaupun kerajaan sudah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha menghadapi krisis itu, rakyat masih terkesan.

Malah, katanya, timbul risiko peningkatan inflasi yang berpunca daripada kenaikan mendadak harga komoditi, gangguan dalam rantaian bekalan pada peringkat dunia dan permintaan tinggi.

Khairul menjelaskan permintaan tinggi melebihi penawaran menjadi antara faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan inflasi.

Katanya, lebih membimbangkan apabila keadaan ekonomi dijangka bertambah buruk pada tahun depan.

Justeru, beliau berkata, jalan penyelesaian, tawaran dan dasar yang kukuh diperlukan untuk mengatasi masalah itu.

“PN bersedia dalam masa terdekat untuk membawa penyelesaian tuntas terhadap isu yang menggusarkan rakyat ini.

“Apa yang diperlukan oleh rakyat kini ialah satu solusi ekonomi yang sejahtera.

“Rantaian masalah ekonomi ini akan terus membebankan rakyat jika tiada penyelesaian tuntas daripada kerajaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here