Dari Kolej Komuniti Baling ke pentas dunia Switzerland

0
374

BERGELAR peserta tunggal mewakili negara di peringkat antarabangsa dalam Pertandingan World Skill Competition Special Edition 2022 yang berlangsung di Lausanne, Switzerland ibarat mimpi buat Muhammad Adziem Wazi, 23.

Meskipun tidak membawa pulang sebarang pingat,namun dia tetap berbangga dan berpuas hati dapat menjejakkan kaki dalam acara berprestij itu.

“Pertandingan World Skill Competition Special Edition 2022 diadakan selama tiga hari di mana tiga kategori dipertandingkan iaitu, pastries, bakery dan cabinet making.

“Saya adalah peserta tunggal dalam acara ‘pastries & confectioneries’. Untuk mengharungi pertandingan ini mungkin sedikit mencabar kerana saya perlu bersaing dengan peserta lain daripada 16 buah negara.

“ Sebagai persediaan,saya menjalani latihan intensif kira-kira sebulan di Kolej Komuniti Baling bersama pakar dalam bidang ini,” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Adziem yang juga seorang pelajar semester tiga jurusan diploma Seni Kulinari di Politeknik Merlimau berkata, terdapt beberapa produk yang dihasilkan bergantung modul test projek yang telah dilakukan dalam pertandingan itu.

“Test project saya mengandungi empat modul di mana modul A, saya perlu membuat ‘simple sugar stand & cake on to mac’, modul B saya perlu buat ‘figurin hand modelling’, modul C adalah ‘chocolate’ dan modul D adalah untuk ‘chocolate presentation’, “ katanya.

Pertandingan World Skill Competition Special Edition 2022 yang ke-46 sepatutnya diadakan di Shanghai, China tahun lepas terpaksa ditangguh,berikutan pandemik Covid-19 sebelum ini.

Projek yang dihasilkan ‘Adziem

Adziem sebelum ini juga banyak menyertai pertandingan kemahiran seperti My Cc Skill di peringkat kebangsaan di bawah Kolej Komuniti sebelum diserap ke dalam program Pra-kelayakan World Skill Malaysia Belia 2022 di peringkat akhir sehingga terpilih ke pertandingan World Skill Competiton Special Edition 2022.

World Skill Malaysia Belia 2022 (WSMB) yang dianjurkan setiap tahun oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Putrajaya bertujuan memilih dan mengiktiraf belia yang mempunyai kemahiran unggul.

Menurut Adziem lagi, dia mula minat dengan bidang kemahiran selepas menamatkan sijil kemahirannya tanpa menyedari minatnya terus berkembang selepas pelbagai pencapaian diraih.

“Pendedahan dalam bidang ini bermula sebaik sahaja saya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya pernah bekerja separuh masa di sebuah hotel dan dari situ saya mula minat dengan bidang hospitaliti khususnya dalam bidang kulinari

“Saya mula menyambung pengajian mengambil sijil kemahiran serta bergiat aktif dengan memasuki pelbagai pertandingan yang ada. Kini saya sedang menyambung pengajian di peringkat diploma dan akan terus memantapkan kemahiran yang ada“ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here