Neelofa kongsi gambar wajah Bilal

0
846

SUDAH lama ditunggu warganet, akhirnya Neelofa berkongsi gambar wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Harris di laman sosial Instagram rasminya.

Pengacara dan pelakon terkenal itu memuat naik video Bilal besertakan doa di ruangan kapsyen untuk anaknya.

Dalam perkongsian tersebut, Neelofa turut meluahkan rasa syukur dengan kelahiran anaknya bersama suaminya, Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasit semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil,” tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, Neelofa mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak yang berkongsi gambar wajah Bilal di laman sosial tanpa kebenaran.

Katanya, tindakan seumpama itu dilihat tidak menghormati pendiriannya yang selama ini enggan berkongsi secara terbuka menerusi platform tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here