‘Jho Low kenalkan saya pada Najib’, bekas pegawai bank beritahu mahkamah

0
236

SEORANG bekas pengarah urusan Ambank memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Razak bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, adalah orang yang memperkenalkannya kepada bekas perdana menteri.

Cheah Tek Kuang berkata, dia pergi ke rumah Najib di Langgak Duta sekitar Januari 2011 untuk mendapatkan tandatangannya bagi borang permohonan akaun.

Cheah, yang sebelum ini menyatakan dia menaiki kereta secara konvoi ke rumah Najib, memberitahu mahkamah, dia melihat Low keluar dari salah satu kereta lain sebaik tiba di Langgak Duta.

“Apabila saya masuk ke dalam rumah, Jho Low memperkenalkan saya kepada perdana menteri (ketika itu),” katanya dalam jawapan kepada Pendakwa Raya Ad Hoc Gopal Sri Ram, sambil menambah bahawa Low pergi selepas perkenalan itu.

Sri Ram: Adakah anda memberitahu mahkamah bahawa anda gementar (bertemu Najib)?

Cheah: Saya rasa tidak selesa berurusan dengan mana-mana VIP.

Katanya, dia beredar serta-merta sebaik saja Najib selesai menandatangani borang itu.

“Saya tidak tahu di mana dia (Low) berada (selepas perkenalan). Saya rasa dia ada di dalam rumah,” katanya ketika ditanya mengenai keberadaan Low ketika dia beredar,” lapor FMT.

Najib dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Pendengaran di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here