Dua termasuk warga emas ditahan seludup arak

0
197

DUA lelaki termasuk seorang warga emas ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai melibatkan rampasan bernilai RM112,218.60 di sebuah premis di kawasan Bukit Pasir, Muar, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek masing-masing berusia 47 dan 62 tahun itu ditahan Pasukan Task Force Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Muar serta Pasukan Risik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6 Bakri menerusi Op Kontraban kira-kira pukul 4 petang.

“Kita telah merampas 137 karton arak mengandungi 3,288 tin dan 55 karton mengandungi 1,120 botol bernilai kira-kira RM104,218.60, selain sebuah kereta Proton Waja bernilai RM8,000.

“Jumlah nilai rampasan keseluruhan adalah RM112,218.60,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here