Piala Dunia Qatar penampilan terakhir Messi

0
395

PIALA Dunia FIFA Qatar tahun ini dijangka menjadi penampilan terakhir kapten Argentina Lionel Messi dalam pertandingan bola sepak itu.

Messi akan beraksi di Piala Dunia yang kelima dan masih dalam usaha meraih gelaran pertamanya. Ia merupakan kali pertama dia menyatakan perancangan masa depannya selepas kejohanan, di mana ia akan bermula 21 November ini.

“Saya tidak tahu sama ada kami adalah pilihan utama, tetapi saya percaya Argentina adalah calon kerana sejarahnya, serta dengan cara kami layak beraksi kali ini,”

“Tetapi dalam Piala Dunia apa sahaja boleh berlaku, semua perlawanan sangat sukar. Bukan selalu pasukan pilihan yang memenanginya.” katanya.

Argentina telah memenangi Piala Dunia dua kali, pada tahun 1978 dan 1986 tetapi dikecewakan Jerman pada akhir Piala Dunia 2014. Malah tewas dua kali berturut-turut kepada Chile dalam akhir Copa America 2015 dan 2016.

“Ada detik-detik yang menakjubkan tetapi pada 2014, 2015 dan 2016, kami tidak menang dan dikritik kerana gagal menjadi juara.

“Semuanya berjalan dengan lancar sehingga perlawanan akhir,” luahnya.

Kini, Messi memandang positif dengan statusnya sebagai pemimpin kepada pemain muda dalam skuad Argentina terutamanya selepas menamatkan kemarau trofi dalam kemenangan Copa America tahun lalu.

“Ia sangat sukar (Kemarau trofi), tetapi pada 2019 kumpulan baharu tiba dengan ramai pemain muda dan memenangi Copa America. Itu banyak membantu kami,” tambahnya.

Pasukan itu akan membuka aksi kejohanan pada 22 November menentang Arab Saudi dalam Kumpulan C sebelum berdepan Mexico dan Poland.

Messi membantu membawa Argentina ke suku akhir pada 2006 dan ’10, kemudian ke final pada ’14, apabila Argentina tewas kepada Jerman, 1-0, dalam masa tambahan.

Messi memperoleh Bola Emas sebagai pemain terbaik dalam kejohanan itu, menjaringkan empat gol dalam tujuh perlawanan. -Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here