Palsukan dokumen bayaran, setiausaha GLC direman

0
261

SETIAUSAHA sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri Johor direman dua hari selepas disyaki memalsukan dokumen bagi mendapatkan kelulusan bayaran daripada pihak pengurusan, akhir tahun lalu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan terhadap tertuduh yang berusia 35 tahun itu oleh Majistret R Salini hari ini selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Permohonan reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga serta tangan bergari.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan menyediakan minit ahli lembaga pengarah palsu dengan tujuan mendapatkan kelulusan bayaran dividen dengan kadar yang tinggi, bayaran elaun pengarah dan bayaran insentif kepada setiausaha syarikat dan pegawai akaun bagi pihak syarikat terbabit.

Dalam pada itu, suspek juga disyaki mendapatkan tandatangan daripada bekas pengarahnya dengan tujuan mengelirukan pihak pengurusan GLC terbabit supaya permohonan semua bayaran itu diluluskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here