Khutbah Jumaat tidak sepatutnya menyentuh politik – Ahmad Marzuk

0
227

KHUTBAH Jumaat yang menyentuh isu politik terutamanya yang dilihat condong ke arah kepartian tertentu tidak sepatutnya berlaku di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

“Jika isu membabitkan politik yang berat sebelah (bias) kepada kepartian parti tertentu ia tidak sepatutnya berlaku dalam khutbah Jumaat.

Khutbah Jumaat adalah untuk merungkaikan soalan yang berbangkit dalam masyarakat kita. Tetapi sekiranya digunakan untuk tujuan kempen parti tertentu yang tidak ada maslahah umum kepada masyarakat ia tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Hari Sayidatina Khadijah Peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai warga maya yang mempersoalkan ada masjid yang didakwa memasukkan isu politik di dalam khutbah Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk menegaskan perkara itu akan diserahkan untuk tindakan kerajaan negeri masing-masing untuk penelitian lebih lanjut. -BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here