Mencolok mata betul baju Dolla, seksi, pelik!

0
445

NAMA kumpulan Dolla sekali lagi singgah di telinga Mizz Lahar apabila ada yang mempersoalkan penampilan mereka ketika membuat persembahan dalam sebuah festival muzik baru-baru ini.

Katanya baju yang dipakai Dolla agak mencolok mata dan seperti berlebihan berbanding daripada penyanyi bertaraf antarabangsa lain.

Dalam persembahan tersebut, mereka memakai pakaian berwarna merah hitam dan sepertinya Sabronzo yang dikatakan paling seksi.

Malah, ada juga mempertikaikan busana digayakan mereka yang dilihat agak pelik.

“Baju apa mereka pakai, macam pelik,” komen netizen lapor KOSMO!

“Artis Malaysia boleh pula pakai baju begini, bila sampai giliran penyanyi luar, banyak sungguh syarat,” soal seorang pengguna TikTok.

Ada betulnya juga apa yang dipertikai oleh netizen itu. Tidaklah mahu menyebelahi mana-mana pihak tetapi harapnya lebih berhati-hati dalam penampilan yang hendak dipersembahkan kepada umum.

Sebab ada sesetengah artis, apabila baju mereka dikritik, habis mengamuk dan salahkan orang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here