[VIDEO]Ustazah meninggal dunia ketika baca al-Quran

0
320

TIADA siapa tahu pengakhiran hidup kita. Namun pemergian seorang guru mengaji ketika sedang membaca al-Quran juga satu daripada kematian dicemburui apatah lagi ketika melakukan ibadah dan amal soleh.

Itu yang berlaku kepada Ustazah Taslimah dari daerah Tebet, Jakarta Selatan Indonesia.

Menerusi video yang tular, seorang wanita tiba-tiba rebah ketika sedang membacakan ayat suci al-Quran.

Okezone dalam laporannya menyatakan, hasil semakan mendapati, wanita tersebut adalah Taslimah yang rutin menjadi guru mengaji di Masjid Al Barokah As Syafi’iyah Tebet, Jakarta Selatan setiap pagi Khamis.

Difahamkan Taslimah sedang menjayakan Majlis Taklim As-Syafiyah Ummahat, pada pagi semalam.

Berdasarkan video yang dimuatnaik Assalam TV, Ustazah Taslimah dirakam sedang membacakan ayat suci al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 5-6 di hadapan peserta majlis taklim menggunakan mikrofon.

Namun selang beberapa minit, wanita itu terjatuh dan kelihatan beberapa orang berusaha untuk menolong guru tersebut

“Astaghfirullah.., Astaghfirullah,”  suara jemaah yang dapat didengar dalam video di akaun Youtube tersebut.

Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan, Pengerusi Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid mengesahkan kejadian tersebut.

“Allahyarham meninggal tadi pagi pukul 7.30 (waktu tempatan). Beliau tengah bertugas membaca khatam al-Quran dan tahlil.

“Saat baca khatam al-Quran kan baca satu ayat al-Quran, di situ suaranya mulai melemah tapi terus mencoba,” kata Alwy kepada CNNIndonesia.com.

Alwy memberitahu, Taslimah merupakan salah satu ustazah yang kerap bertugas memimpin doa dan pengajian di masjid tersebut.

Sebelum meninggal, Alwy mengatakan keadaan badan Taslimah terlihat baik-baik saja.

Taslimah, tambahnya sudah datang ke Masjid As Syafiiyah sebelum pukul 6.00 pagi lagi.

Allahyarham juga sempat berziarah ke makam orang tua Alwy yang berada di sekitar masjid sebelum majlis itu.

“Jemaah pada awalnya menyangka beliau pengsan, lalu ikhtiar bawa ke hospital namun dimaklumkan sudah meninggal,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here