Tiga lelaki maut kemalangan motosikal

0
189

TIGA lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di KM19, Jalan Julau,Sibu, di sini, kira-kira 40 kilometer dari sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Beluling berkata dua yang maut ialah Mathew Many Jonathan, 25 dan Nelson Chendang, 21, manakala identiti seorang lagi mangsa yang maut dan wanita berkenaan belum dikenal pasti.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat manakala wanita itu turut dirawat di hospital sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada 10.24 malam dan satu pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor digegaskan ke lokasi kejadian.

Katanya operasi menyelamat tamat sepanuhnya pada 2 pagi.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here