[VIDEO] Perselisihan ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik

0
736

PERSELISIHAN di antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Kota Bharu, Kelantan, petang kelmarin.

Menurut laporan BH Online, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata siasatan awal pihaknya mendapati suami Rosnazirah Mohd Naim terbabit dalam aktiviti sindiket dadah.

Susulan itu katanya, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun semalam bagi membantu siasatan.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here