Chelsea ingin bos Brighton, Potter ambil alih

0
273

CHELSEA berminat mendapatkan perkhidmatan Graham Potter untuk berada di kerusi pengurus bagi perlawanan menentang tetangga London, Fulham Sabtu ini.

Bos Brighton itu sudah mengadakan perbincangan positif dengan ketua Blues dan dijangka akan mengadakan perbincangan lanjut hari ini sebelum bersetuju dengan sebarang perjanjian.

Bos Blues segera memecat Thomas Tuchel, 49, semalam selepas musim panas yang sukar apabila mereka mengambil alih kuasa di Stamford Bridge yang diakhiri dengan kekalahan dalam Liga Juara-Juara di tangan Dinamo Zagreb.

Menurut BH Online, pengurusan Chelsea terus menghubungi Brighton, yang memberikan kelulusan untuk berbincang dengan Chelsea yang dikatakan bersedia membayar minimum £20 juta (RM103.58 juta) sebagai pampasan buat Potter.

Tugas utama di Stamford Bridge adalah sesuatu yang dimahukan Potter dan sekiranya perjanjian dapat dicapai dengan segera, dia akan mengetuai pasukan di Craven Cottage sabtu ini.

Sekiranya perbincangan tidak mencapai kata putus, Chelsea boleh berusaha mendapatkan bekas pengurus Spurs dan PSG, Mauricio Pochettino.

Bos Seagulls itu berada di kelabnya pagi semalam untuk sesi fotografi dan latihan menjelang pertemuan di Bournemouth minggu ini.

Potter diberitahu mengenai minat ditunjukkan Chelsea semalam dan selepas latihan, bekas bos Ostersunds dan Swansea City itu ke London untuk bertemu pengurusan Blues dan membincangkan projek jangka panjang di bawah pimpinannya.

Potter diberitahu Todd Boehly mahu mengelak pendekatan ‘ambil dan pecat’ yang sangat lazim di bawah pengurusan lama Roman Abramovich, walaupun mereka sendiri memecat Tuchel hanya 100 hari selepas menjadi pemilik kelab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here