Najib dimasukkan ke hospital – Pegawai

0
276

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh pegawai beliau yang turut memberitahu keadaan bekas Presiden UMNO itu sebagai stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan diperlukan.

“Ya Datuk Seri dalam keadaan stabil, dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan yang sewajarnya,” kata pegawai itu, lapor Astro AWANI.

Pada 23 Ogos lalu, Najib mula menjalani hukuman selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here