Pembelaan Rosmah penafian kosong semata-mata – Hakim

0
244

PEMBELAAN Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak adalah penafian kosong semata-mata.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakimannya berkata secara ringkasnya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap ketiga-tuduhan yang dikenakan terhadap Rosmah.

“Mahkamah hendaklah, pada akhir perbicaraan mempertimbangkan semua keterangan yang dikemukakan dan memutuskan sama ada pendakwaan membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

“Selepas menjalankan penilaian maksimum semua keterangan oleh tertuduh dan pihak pendakwaan pada akhir perbicaraan, mahkamah mendapati tertuduh gagal untuk menyangkal anggapan rasuah mengikut Seksyen 50 (1) Akta SPRM.

“Pembelaan tertuduh adalah penafian kosong semata-mata yang dibuat tanpa bukti yang boleh dipercayai dan tidak berasas untuk menimbulkan keraguan yang munasabah.

“Tertuduh dengan itu didapati bersalah terhadap semua tuduhan mengikut Seksyen 16 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya memetik laporan BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here