Lokman Adam berdepan 2 pertuduhan buat hantaran jelik terhadap PM

0
282

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis atas dua tuduhan membuat hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri smail Sabri Yaakob.

Bukit Aman menerusi kenyataan semalam, berkata pertuduhan akan dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mahkamah Sesyen Jenayah (Siber) Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi.

“Lokman akan berdepan pertuduhan membabitkan dua kes yang kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dua kes itu membabitkan penghantaran video berniat jahat dan kenyataan menghina kerajaan dan Perdana Menteri melalui akaun Facebook Lokman Noor Adam Official,” kata kenyataan itu memetik laporan BH Online.

Lokman sebelum ini dilaporkan melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan 12 tahun susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here