LCS: Muhyiddin pandang serius dakwaan menteri Bersatu terlibat, minta tubuh RCI

0
338

TAN SRI Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan penglibatan seorang menteri daripada parti tersebut dalam skandal LCS.

Dalam satu kenyataan Presiden Bersatu itu berkata, beliau  memandang serius penemuan laporan audit forensik yang telah diterbitkan mengenai skandal LCS yang antara lain menimbulkan dakwaan berkenaan.

“Menteri berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau, Seperti pandangan yang pernah saya lontarkan sebelum ini, Kabinet wajar menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal ini dengan lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad dalam skandal berkenaan.

Rafizi mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu.

Bagaimanapun Abd Latiff hari ini sekali lagi menegaskan isteri-isterinya tiada yang bernama Zainab Mohd Salleh yang dikaitkan dengan isu projek kapal tempur pesisir (LCS).

Beliauturut menegaskan, tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.

“Isteri atau Isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab Mohd Salleh,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, beliau turut meninggalkan pantun sinis terhadap pihak yang mengaitkan keluarganya di dalam projek tersebut.

“Sebagai wakil rakyat dari kawasan laut dan pulau (Mersing… Saya suka makan ikan… tapi bukan ikan jerung.

“Siakap senohong gelama ikan duri, Cakap bohong lama lama jadi pencuri, Siakap senohong gelama ikan jerung, Cakap pembohong tak lama mati jadi jerangkung,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here