Kereta kebal rosak punca Jalan Damansara sesak

0
404

TRAFIK di Jalan Damansara pada pagi Jumaat sesak seketika apabila sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) rosak di laluan tersebut.

Akibat kerosakan kereta kebal jenis PT-91M atau lebih dikenali sebagai “Pendekar” itu, Kelihatan beberapa anggota polis trafik membantu mengawal aliran trafik ketika proses pengalihan dilakukan.

Sumber: Ciapan Twitter KLCCC DBKL

Memetik laporan Astro AWANI, hampir sejam, kereta kebal berkenaan berjaya ditunda pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kereta kebal buatan Poland seberat 45.9 tan itu merupakan antara kenderaan berperisai milik Kor Armor Diraja, Tentera Darat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here