Amerika Syarikat ‘haram’ kangkong, lebih bahaya dari ganja

0
357

TAHUKAH anda bahawa tumbuhan kangkong yang biasa dijadikan sajian di Malaysia sebenarnya haram di Amerika Syarikat (AS).


Memetik ciapan Mohamad Yusof bin Yahya di akaun Twitter miliknya, beliau memuat naik sebuah video daripada akaun TikTok dengan nama Agrotonomy yang menerangkan mengenai tumbuhan kangkong yang ditanam olehnya.


Dalam penerangan Agrotonomy, beliau menjelaskan walaupun tumbuhan ini popular di negara Asia seperti Filipina dan Indonesia, namun di AS, tumbuhan ini diharamkan.

Memetik laporan AZCentral.com, tumbuhan yang turut dikenali sebagai Bayam Air ini mula diperkenalkan di AS pada tahun 1970-an.

Namun, disebabkan sifat-sifat agresif tumbuhan yang tumbuh empat inci sehari ini, ia telah diharamkan di AS kerana didakwa mengancam laluan air dan spesies tumbuhan asli yang lain.

Oleh itu, AS meletakkan kangkong dalam senarai tumbuhan berbahaya.

Robert Smook, jurucakap Jabatan Pertanian Arizona, mengesahkan bahawa pada zaman dahulu, pihak berkuasa negeri dan kerajaan persekutuan telah menjalankan pemeriksaan di mana-mana premis makanan yang menggunakan kangkong.

Pihak berkuasa akan merampas, menghapuskan dan memusnahkan tumbuhan ini.

“Saya tidak tahu mengapa orang asal menanam tumbuhan itu pada mulanya,” kata Andrew Brischke, pakar pertanian dan sumber asli di Universiti Arizona.

“Ia boleh menjadi tumbuhan yang mengganggu. Walaupun (ditanam) belakang rumah, jika terlalu lama ia boleh mengambil alih seluruh laman anda dalam masa kurang beberapa tahun. Tumbuhan ini sangat sukar untuk dibuang.” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here