Pengarah didenda RM85,000 seleweng dana MITRA

0
278

PENGARAH Institusi Kewangan didenda RM85,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman tersebut selepas pertuduhan terhadap S. Vijaya Kumar S. Sinnakannu, 47, di bacakan dihadapannya.

Harian Metro melaporkan, Suzana turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya menggunakan sebagai tulen suatu dokumen iaitu Payment Voucher bernilai RM75,000 yang mana beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), Kementerian Perpaduan Negara, Aras 6, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur A, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 2 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 465 kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kalaivani Annadorai sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here