Sorok minyak masak peket, pasar raya diserbu

0
525

SEBUAH pasar raya di Kota Warisan, Sepang diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas dipercayai menyorok minyak masak bersubsidi pada Jumaat.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, serbuan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan kegiatan pasar raya tersebut yang menyorok barang kawalan itu.

“Pemeriksaan awal mulanya dilakukan oleh anggota penguat kuasa KPDNHEP yang berpakaian preman dan berjaya merungkai kegiatan pihak pasar raya tersebut.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wujud perlakuan tidak beretika oleh peniaga iaitu menjual/membekalkan barang kawalan bersubsidi minyak masak peket secara penjualan bersyarat kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad, lapor Astro AWANI.

Katanya, pemeriksaan dijalankan turut mendapati pasar raya tersebut menyimpan sejumlah minyak masak bersubsidi peket 1kg di stor.

“Sebanyak 1,944 unit minyak masak dan beberapa dokumen urus niaga berkaitan kemudiannya dirampas dengan melibatkan nilai sebanyak RM4,860.

“Tindakan dijalankan di bawah Seksyen 19, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 13(1)&(2) Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here