SPRM tak lengahkan dakwa Syed Saddiq – Saksi

0
212

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melengah-lengahkan pendakwaan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hampir enam bulan untuk memberi tekanan dan ugutan kepada Ahli Parlimen Muar itu, supaya menyokong kepimpinan tertentu.

Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Syahmeizy Sulong, 37, berkata tindakan SPRM menuduh Syed Saddiq ke mahkamah pada 22 Julai 2021 meskipun izin untuk mendakwa dikeluarkan pada 4 Januari tahun sama kerana pihaknya perlu menyelesaikan siasatan terhadap ahli politik itu.

“Terdapat lima kertas siasatan dibuka terhadap YB Syed Saddiq dan semua keterangan berkenaan kertas siasatan itu perlu diselaraskan, bagi memastikan tiada keterangan bertindan.

“Pendakwaan tidak dapat dilakukan pada 4 Januari 2021 kerana hanya satu daripada lima kertas siasatan berjaya disiapkan dan ia hanya boleh dilakukan pada 22 Julai 2021, selepas semua kertas siasatan sudah dilengkapkan,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Gobind Singh Deo pada perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Gobind: Saya katakan dalam kes ini bahawa pegawai yang sering menghubungi YB Syed Saddiq memaklumkan supaya beliau bersedia untuk dituduh di mahkamah Tuan Ihsan (Penguasa Kanan SPRM Mohd Ihsan Sapuan)?

Mohd Syahmeizy: Saya tidak tahu.

Gobind: Tuan Ihsan telah hubungi YB Syed Saddiq lebih kurang empat kali untuk maklumkan supaya bersedia untuk dituduh, tetapi kemudian tak jadi tuduh dan saksi menjawab: Tidak tahu.

Saksi juga tidak bersetuju dengan peguam tindakan pegawai SPRM itu untuk memberi tekanan kepada Syed Saddiq dan memaklumkan ahli politik itu akhirnya ditangkap pada 13 Julai 2021 serta arahan supaya beliau dibawa ke mahkamah dikeluarkan oleh Ketua Cawangan Siasatan B SPRM Putrajaya bernama Abdul Malik.

Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini di antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang juga hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here