Rakan suspek pukul suami ditahan, positif dadah

0
300

POLIS menahan seorang rakan suspek kes bunuh di Flat Nipah di Taman Daya, di sini semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kawasan Majidee di sini.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati lelaki tempatan itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Menurutnya, lelaki berkenaan juga memiliki lima rekod lampau termasuk dua kes berkaitan dadah, dua kes jenayah dan satu kes jenayah komersial.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mahupun isteri mangsa di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

“Kedua-dua suspek ditahan reman mulai hari ini sehingga 22 Julai depan,” katanya lapor BH Online.

Media semalam melaporkan seorang lelaki ditemukan maut di kediamannya dipercayai dipukul isterinya di Tingkat 3, Blok 14, Flat Nipah di Taman Daya di sini.

Mangsa, Lee Ming How, 44, ditemukan dalam keadaan terbaring.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.50 pagi semalam di kediaman keluarga lelaki berkenaan yang turut dihuni suspek serta anak mereka.

Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dipukul suspek hingga menyebabkan kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here