[VIDEO] Tak cukup syarat belanja RM20, tak boleh beli minyak masak peket

0
607

SEBUAH kedai runcit didakwa tidak membenarkan pelanggan mereka untuk membeli minyak masak peket sekiranya tidak membuat pembelian RM20 ringgit ke atas.

Menerusi satu video tular di media sosial sejak Khamis, seorang pelanggan mendakwa penjaga kaunter meletakkan syarat tidak munasabah itu ketika dia ingin mendapatkan minyak masak peket.

Menurut pelanggan berkenaan menerusi video tular itu, penjaga kaunter kedai runcit berkenaan menyorokkan minyak masak peket di bawah kaunter.

Malah, penjaga kaunter berkenaan bertindak meninggalkan kaunter apabila menyedari dirinya dirakam.

Video: Facebook Isu Terkini Apa Hari Ini.

“Datang dari mana undang-undang ini? Saya tak kira saya mahu juga minyak. Belanja RM20 baru boleh beli minyak masak? Mana boleh macamtu.

“Saya orang Malaysia, kenapa pula saya tidak boleh dapatkan minyak masak ini?” kata pemilik video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna tidak berpuas hati dan geram dengan tindakan yang dikatakan memgambil kesempatan sewaktu orang ramai sedang kesusahan.

Tidak kurang daripada mereka mendesak pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka bagi mengelakkan perkara ini berleluasa.

“Mereka ini suka-suka buat peraturan sendiri. Mana KPDNHEP? turun padang segera bila ada aduan,” ujar pengguna, Setia Gemilang.

“KPDNHEP, rakyat sudah penat dengan isu yang sama. Jangan bagi muka pada mereka,” luah Fairus Pol pula.

“Bagus tularkan sahaja. Biar pihak berkuasa celik sikit. Senang-senang sahaja peniaga nak atur barang kawalan ni,” ujar Shameyra Eyra.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here