Annuar saksi perjanjian jawatan TPM – Wan Saiful

0
260

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Annuar Musa merupakan saksi kepada perjanjian gabungan antara Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung jawatan timbalan perdana menteri.

Beliau mengulas penafian Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berhubung terdapat perjanjian Ismail dengan PN untuk lantikan jawatan itu, memetik laporan FMT.

“Yang menjadi saksi kepada “coalition agreement” (perjanjian gabungan) di sebelah perdana menteri ialah Annuar Musa,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau.

Terdahulu, Shahril berkata jika benar perjanjian itu wujud, mengapa baru sekarang ia dibangkitkan oleh sesetengah pihak ketika ini.

Shahril juga mendakwa pelantikan jawatan timbalan perdana menteri tidak pernah dibincangkan dengan mana-mana pihak, termasuk PAS dalam PN.


Dalam pada itu, Wan Saiful berkata kejujuran Shahril masih dipersoalkan sebab sebelum ini ada tuduhan bahawa ketua penerangan Umno itu sebagai “perisik” Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pejabat Perdana Penteri.

Katanya, ini menunjukkan ada perkara yang Ismail belum cukup percaya untuk dikongsi dengan Shahril.

“Ini bukan isu jawatan. Ini isu akhlak dan integriti. Saya tahu sebahagian pemimpin Umno memandang mudah isu amanah dan integriti.

“Maklumlah, Zahid dan Najib Razak dua-dua ada masalah integriti yang boleh masuk sejarah dunia. Bila orang yang di atas tidak malu untuk berakhlak buruk, maka hilanglah sifat amanah dan integriti,” katanya.

Wan Saiful berkata, integriti Ismail juga sedang diuji.

“Adakah dia seorang yang mengotakan kata-kata atau tidak. Saya dimaklumkan keperibadian Ismail berbeza dengan Zahid dan Najib. Puad Zarkashi boleh baca komen ini ya. Saya malas nak layan perangai kaki bodek macam Puad,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here