Tiada peruntukan kementerian digunakan – Radzi

0
575

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia menegaskan tidak ada sesen pun wang kementerian digunakan untuk membiayai Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Secara Berkelompok Sekolah-sekolah di Tanah Merah Sabtu lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, siasatan kementerian mendapati sumbangan dan perbelanjaan bagi program itu dibiayai oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz.

“Untuk makluman semua, semakan kementerian mendapati tiada sesen pun peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada di peringkat JPN, PPD atau sekolah digunakan untuk membiayai Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Secara Berkelompok Sekolah-sekolah di Tanah Merah,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Penjelasan tersebut dibuat bagi menjawab tohmahan dan fitnah bertalu-talu daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan konco-konconya terhadap penganjuran program tersebut.

Najib yang telah didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram dalam kes SRC International menyindir kononnya dengan penganjuran majlis seumpama itu menandakan sekolah-sekolah di Malaysia sudah kaya-raya.

Sementara itu pegawai kanan Najib, Isham Jalil yang juga bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor yang digugurkan, mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan kementerian digunakan bagi menganjurkan majlis tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here