Mangsa ketiga tragedi kepala air ditemui

0
310

MAYAT terakhir kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah, berjaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 11.55 pagi tadi.

Mayat mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.

Memetik laporan BH Online, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ketiga ditemui tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada jam 9.30 pagi.

“Mayat mangsa ketiga turut ditemui di bawah timbunan kayu sebelum operasi mengeluarkannya dilakukan pasukan penyelamat.

“Berikutan itu semua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian semalam, berjaya ditemui dalam operasi hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here