Jangkitan menurun ke paras 2,500, tiada kematian

0
240

SEBANYAK 2,527 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 4,571,355.

Manakala 2,359 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,505,199.

Ketika ini, 30,385 kes aktif direkodkan, dengan 28,701 atau 94.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 24 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,617 (5.3%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 43 dan 22 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 63.0% dengan kes Covid-19 merangkumi 9.6%.

Tiada kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian keseluruhan kekal sebanyak 35,771 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here