[VIDEO] Minyak masak peket semakin sukar diperolehi – Tinjauan

0
834

KETIKA harga minyak masak botol meningkat ekoran pemansuhan subsidi, minyak masak peket 1 kilogram bersubsidi pula semakin sukar untuk diperolehi.

Tinjauan SatuBerita di sekitar Petaling Jaya baru-baru ini mendapati minyak masak peket bersubsidi tiada di rak jualan kerana kehabisan stok atau terputus bekalan.

Perkara ini dikongsikan Imran Haris, 45 yang pada awalmya hendak mendapatkan minyak peket yang lebih murah, namun ketiadaan bekalan memaksanya mendapatkan minyak masak berbotol.

“Saya ikut mana yang menawarkan lebih murah macam minyak paket, tetapi minyak peket nampaknya hari ini pun tiada stok, kurang dan selalunya susah untuk dapatkan,” katanya.

Penjawat awam, Imran Haris

Tinjauan turut mendapati ketika kebanyakan peniaga ayam mematuhi harga siling RM9.40 ditetapkan kerajaan, ramai juga peniaga mengenakan cas baru seperti khidmat pemotongan sehingga RM1.20 bagi setiap ekor ayam.

Hal ini semestinya memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah apabila mereka terpaksa membayar harga tinggi bagi mendapatkan keperluan asas itu.

Bagi minyak masak lima kilogram, tinjauan mendapati penjual telah meletakkan harga sehingga RM42 berbanding harga pasaran sebelum ini yang tidak melebihi RM30.

Antara barangan lain yang turut diumumkan kenaikan harga siling merupakan telur ayam dengan peningkatan harga dibuat berdasarkan gred.

Sekiranya sebelum ini pengguna boleh mendapatkan telur gred C dengan harga RM11.70 bagi 30 biji, tinjauan mendapati peningkatan sebanyak 60 sen dicatatkan bagi jumlah yang sama.

Selain itu, barangan keperluan lain yang juga menunjukkan peningkatan ketara ialah ikan kembung yang sebelum ini dijual pada harga RM13 sekilogram.

Namun, hasil tinjauan mendapati beberapa peniaga di pasar awam telah menaikkan harga pasaran kepada RM23 bagi ikan bersaiz besar manakala harga RM18 ditetapkan bagi yang bersaiz kecil.

Di samping itu, harga jualan susu pekat manis juga menunjukkan perbezaan ketara jika dibandingkan dengan harga sebelum ini.

Ini dapat dilihat apabila beberapa pasar raya dan kedai runcit meletakkan harga sehingga RM3.60 berbanding RM2.70 Jun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here