Hole-in-one: Safee bawa pulang Mazda CX-5

0
526

BEKAS penyerang bola sepak kebangsaan, Safee Sali menunjukkan kebolehannya dalam sukan golf apabila berjaya melakukan pukulan selubang (hole-in-one) di sebuah padang golf di Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.

Menerusi sebuah perkongsian di laman TikTok oleh pengulas sukan, Datuk Dahlan Maamor, Safee Sali menunjukkan riak wajah gembira apabila berjaya melakukan pukulan itu.

“Menggunakan pemukul jenis besi (jenama) Mizuno, saya pakai yang jenis enam. Alhamdulillah,” kata bekas penyerang Selangor FA itu.

Kehebatan itu turut diakui beberapa pemain golf yang bersamanya apabila masing-masing turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.

Lebih menggembirakan, Safee Sali turut menerima hadiah berupa Mazda CX-5 di atas kejayaan mendapatkan skor ‘hole in one’ itu.

Perkara itu disahkan pemain KL City FC itu menerusi satu perkongsian di akaun Instagramnya pada Isnin yang menampilkan kereta baharu berwarna putih itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here