[VIDEO] ‘Seksa’ naik LRT hari ini, pengguna kongsi pengalaman

0
536

PEMILIK akaun Twitter @nrjwznl berkongsi kesukaran dihadapi pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang banyak diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Menerusi beberapa video, beliau cuba menggambarkan keadaan sebenar berlaku sehingga menyebabkan ramai pengguna terlepas tren dan lewat sampai ke destinasi.

“Penuh dengan manusia, barisan menunggu panjang. Terlepas lagi tiga tren hari ini,” ujarnya dalam ciapan hari ini.

“Lihat.. dia buat dua barisan, tapi akhirnya jadi satu sebab eskalator rosak. Macam dekat lebuh raya, lima laluan jadi satu.. kau rasa?.

“Dah sampai platform macam ini jadinya. Tetap tak dapat masuk tren.

“Penyelesaian apa yang mereka buat hari ini. Tolong ringkaskan untuk aku,” ujarnya sinis merujuk kehadiran ramai pegawai Rapid KL di platform hari ini.

Ciapan nrjwznl mendapat sokongan pengguna lain Syed Fariz yang berkata: “Kerajaan suruh rakyat naik pengangkutan awam tapi tak on time? dan eskalatornya rosak entah bila ada budget nak repair tak tahu.”

Arvin Kumar pula bertanya, sampai bila rakyat kena sengsara macam ni?


“Apa penyelesaian? Bagi perkhidmatan percuma sepanjang tahun pun tak berguna kalau isu ini tak boleh selesai!,” ujarya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here