‘Money Heist Korea’ bakal tampilkan lapan wajah hebat

0
376

PENGGEMAR K-Drama boleh menonton siri popular Netflix, Money Heist versi Korea Selatan yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

‘Money Heist: Korea – Joint Economic Area’ ini menampilkan pengarah, Kim Hong Sun dan disertai penulis, Ryu Yong Jae yang bakal memberikan sentuhan berbeza terhadap siri baharu ini.

Semestinya, barisan pelakon akan menampilkan wajah-wajah hebat dan cukup berpengalaman dalam bidang lakonan yang pasti memberikan impak kepada penonton.

Bekas pelakon dalam siri ‘When My Love Blooms,’ Yoo Ji Tae, akan memegang watak sebagai ‘The Professor’ yang semestinya menjadi dalang di sebalik rompakan menerusi strategi dan rancangan yang cukup teratur.

Bintang dalam siri ‘The Squid Game’, Park Hae Soo juga akan menyertai kumpulan rompakan ini sebagai Berlin.


Sebagai ketua rompakan, bekas tahanan selama 24 tahun oleh Korea Utara ini pasti akan menggunakan apa sahaja rancangan bagi memastikan rompakan oleh kumpulan ini berjaya.

Bagi karakter ‘Tokyo’, watak ini akan dibawa oleh Jun Jong Seo yang bertemu dan dipujuk Professor untuk menyempurnakan rancangan itu.

Watak Moscow, seorang pelombong yang akan bertanggungjawab dalam mencari dan menggali jalan keluar bakal dibawa oleh seorang pelakon berpengalaman, Lee Won Jong.

Pelakon yang bakal membintangi filem Netflix bertajuk Ballerina, Kim Ji Hoon akan membawa watak Denver dengan personaliti degil dan menyusahkan orang.

Dalam siri Money Heist sebelum ini, anak kepada Moscow ini merupakan bekas anggota kongsi gelap yang tidak mendedahkan identitinya kepada sesiapa, lapor Astro AWANI.

Namun, kelainan pasti akan diberikan dalam ‘Money Heist’ Korea ini bagi menarik lebih ramai penonton.

Model terkenal di Korea, Jang Joon Yu pula akan menggantikan lakonan Alba Flores sebagai Nairobi, yang digambarkan sebagai pakar dalam pemalsuan.

Bagi tugas menggodam, kepercayaan ini diberikan kepada Rio, yang bakal menampilkan lakonan pelakon muda, Lee Hyun Woo.

Rio merupakan bekas pelajar dari sekolah perubatan yang memilih untuk menukar karier kepada penggodam genius.

Akhir sekali, siri ini akan menampilkan Kim Ji Hun dan Lee Kyu Ho yang akan memainkan watak Helsinki dan Oslo dengan peranan membekalkan senjata kepada pasukan.

Sudah pasti, kesemua lapan pelakon ini bakal memberikan satu elemen baharu kepada siri Money Heist yang cukup digemari peminat Netflix.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here